Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup
ini adalah seorang suami yang sholeh. Kepadanyalah, seorang isteri akan
merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang
akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala
cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri
si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan,
keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.
Suami yang sholeh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri
dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak.
Seorang suami yang sholeh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya
kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang sholeh adalah seorang suami yang mampu menjaga
amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada
seorang lelaki yang menjadi suaminya.
Suami yang sholeh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan
isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang sholeh
akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap
kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan
dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.
Suami yang sholeh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di
dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah
tangganya, seorang suami yang sholeh adalah yang mampu memperhatikan hak dan
kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, yaitu isterinya.
Seorang suami yang sholeh akan selalu mampu bersikap bijaksana di
dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan
pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai
pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang
diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Seorang suami yang sholeh akan selalu mampu menjadi teladan
terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan
yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di
jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
Seorang suami yang sholeh adalah seorang suami yang mampu membuat
dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu
mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa,
negara, dan agamanya.
Seorang suami yang sholeh adalah seorang suami yang mampu membuat
isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar
biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
Seorang suami yang sholeh adalah seorang suami yang akan selalu
menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…
**********************
By, Handira Informasi
Komentar