Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah.
Tuannya mengawinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke
Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar,
Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan
pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin
Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk
Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak
untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad
walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana
ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada
pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir
di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita
walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu
Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka
bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir
yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu
besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada
bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat
bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa
melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk
seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu
akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini
sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil
tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala
itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,”balas Yasir dengan
tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan
menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,”Abu Jahal dan
pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam.
Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu
yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW
sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut
daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh
orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan
Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan
pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar
bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh
menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,”sindir Abu Jahal
sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai
baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan
Yasir,” arah Abu Jahal lagi
kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat
seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan
agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu.
Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah
pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut
kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras
seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan
kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil
tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya
akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi
mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah
pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam
sejarah Islam.
Sumber: http://www.iluvislam.com/
***********
By. Handira Informasi
Komentar