
Zakaria Awang Soh menulis
berhubung dengan asal mula alam semesta ini bermula daripada satu bahan yang
tunggal dan homogen Yaitu yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya ayat 30. bahan
ini mempunyai keamatan yang amat tinggi dan tidak terhingga. Asimov [1982] menyatakan:
“ pada tahun 1927, ahli matematik Belgium Abbe Georges Edouard Lemaitre menyarankan bahawa semua jirim asalnya datang daripada satu
telur cosmos yang mempunyai kepadatan yang amat sangat, yang meledak dan
melahirkan alam semesta yang kita ketahui pada hari ini.
Teori Big Bang ini tidak dipersetujui oleh ramai saintis. Mereka mempersoalkan jika ada letupan mesti ada kesan radiasinya?. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka COBE ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahwa wujudnya kesan radiasi tersebut dan telah menafikan teori-teori sebelum ini. Penemuan terbaru ini merupakan penjelasan secara ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta ini terjadi dari asal ketiadaan.
Fakta yang baru
ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam
Al-Quran. Jawaban tepat hanya pada Pencipta-Nya Yaitu Allah.
“Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda
yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air
tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)
“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”Surah Al-Anbiya’ ayat 104.
“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”Surah Al-Anbiya’ ayat 104.
“Aku tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi
dan tidak pula penciptaan diri mereka, dan tidaklah Aku mengambil orang-orang
sesat itu sebagai pembantu.” Surah
Al-Kahfi ayat 51.
ALAM SEMESTA MENURUT AL-QURAN
Quran
secara explicit menyatakan bahwa alam semesta ini dijadikan oleh Allah SWT.
Ayat Quran Surah Al-Sajdah ayat 4 menyebut:
“ Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di
atas Arasy”.
Konsep
hari yang disebut dalam ayat di atas sebanyak enam tidak merujuk kepada hari
seperti yang difahami oleh kita pada hari ini. Ia merujuk kepada hari yang
sesuai dengan masa mula alam ini terjadi dan berakhir dalam ketentuannya yan
tersendiri. Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Fadhlalla Haeri seperti berikut: “ Yawn is a day, a day is
a sequence in time that has a beginning and an end and has it own particular
characteristics. A day from the Quranic point of view is a period of a
different states. The morning is different from the afternoon and the beginning
is different from the end.”
S.A. Mabud menegaskan bahawa konsep enam hari [sittati ayyam] yang di sebut dalam ayat di atas merujuk kepada hari dan masa di sisi Allah Taala, bukannya seperti fahaman kita hari ini. Ia boleh jadi lama dan boleh jadi singkat.
S.A. Mabud menegaskan bahawa konsep enam hari [sittati ayyam] yang di sebut dalam ayat di atas merujuk kepada hari dan masa di sisi Allah Taala, bukannya seperti fahaman kita hari ini. Ia boleh jadi lama dan boleh jadi singkat.
Benarlah
ketika Allah menyebut dalam firman-Nya:
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit
dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada
bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau
terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." [ Fussilat 41:11].
Istilah
‘dukhan’ merujuk kepada sesuatu yang terhasil berupa asap, Kabus ataupun gas.
Jadi ayat di atas antara lain memberi penjelasan tentang asal langit itu berupa
asap atau gas. Daripada bahan-bahan inilah terbentuknya langit dan kemudiannya
di pisahkan.
Kenyataan
ayat di atas di sokong oleh penemuan saintifik sejak akhir-akhir ini. Prof. Yoshida
Kozai, Pengarah Kaji Bintang di Tokyo
mengungkapkan bahawa langit berasal daripada asap [dukhan]. Fenomena ini sudah
dilihat kini dengan adanya satelit dan kapal angkasa yang dilancarkan untuk
mengambil gambar-gambar tersebut secara lebih dekat. Daripada gambar sebuah
bintang di langit ketika dalam proses dalam pembentukannya, terdapat di
tengah-tengahnya asap yang menjadi bahagian bersinar daripada bintang tersebut.
Di sekeliling bintang tersebut terdapat asap dan mengitari asap tersebut
terdapat pula garis merah sebagai penunjuk bahawa suhu di situ sangat tinggi.
Sebelumnya
saintis menduga bahawa lagit berasal dari kabus tebal. Andaikan tersebut tertolak sebab kerana sifat kabus
adalah dingin dan beku sementara sifat asap adalah panas dan bergerak. Profesor
ini terkejut apabila dihujahkan kepadanya bahawa kenyataan tersebut telahpun
diungkapkan oleh Al-Quran
sejak lebih 1400 tahun lalu.
Peristiwa
yang sama berlaku kepada Dr.
Astrokh salah seorang pakar daripada NASA.
Beliau berkata: “Kami telah melakukan banyak percobaan terhadap logam-logam yang ada di bumi.
Tetapi satu-satunya logam yang membingungkan saintis sehingga kini ialah besi.
Sifat kimianya memiliki ciri khusus. Untuk menyatukan atom elektron dan proton
yang terdapat pada besi itu memerlukan kekuatan yang dahsyat yang mencapai 4
kali kekuatan yang ada pada panas matahari. Oleh kerana itu tidak mungkin besi
tercipta di bumi, dan pasti memerlukan unsur asing yang datang ke bumi”.
Apabila dibacakan kepadanya ayat Quran: “ Dan Kami turunkan besi yang ada
padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia”.
Surah Al-Hadid
57:25. Beliau berkomentar, “Kalimah ini tidak
mungkin berasal dari ucapan manusia”.
Di Publikasikan
oleh Handira Informasi
Komentar